SEKURANG-KURANGNYA lapan maut dan hampir 40 lagi cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak apabila sebuah bas yang penuh dengan penumpang melanggar bahan letupan di barat Afghanistan hari ini.
Jurucakap polis wilayah Farah, Muhibullan Muhib berkata bom itu dipercayai ditanam puak Taliban untuk disasarkan kepada pasukan keselamatan namun apa yang berlaku sebaliknya.
Letupan berlaku ketika bas terbabit sedang dalam perjalanan melalui daerah Bala Baluk di wilayah Farah pada jam 4 pagi waktu tempatan.
Beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan bangkai bas kehitaman tersadai di lokasi kejadian sambil disaksikan puluhan lelaki tempatan. – AFP, 31 Julai, 2018.
Komen