Kes kemalangan MH370, pengerusi CAAM letak jawatan


Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Azharuddin Abd Rahman untuk bertanggungjawab atas laporan keselamatan MH370. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2018.

PENGERUSI Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Azharuddin Abd Rahman meletak jawatan hari ini ekoran susulan laporan penuh kes kemalangan pesawat MH370.

Katanya, laporan itu menunjukkan berlaku kegagalan pematuhan protokol dalam operasi kawalan udara sewaktu operasi pesawat itu dipantau oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), yang diketuainya waktu itu.

Azharuddin berkata, peletakan jawatannya akan berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis yang dihantar hari ini.

“Walaupun laporan itu tidak menyatakan kemalangan itu disebabkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika itu, namun terdapat beberapa dapatan yang jelas berkaitan operasi Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur (KLATSC), di mana ia menyatakan pengawal kawalan lalulintas udara tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard tertentu.

“Maka, dengan penuh dukacita dan selepas berfikir semasak-masaknya, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi CAAM,” katanya. – 31 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen