PM Greece lawat kawasan kebakaran hutan


Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras bertemu penduduk, jurutera awam, askar, bomba dan sukarelawan. Menurut pusat pemantauan kebakaran hutan negara, kebakaran besar itu memusnahkan hampir 1,260 hektar tanah. – Gambar EPA, 30 Julai, 2018.

PERDANA Menteri Greece, Alexis Tsipras melawat bandar di tepi pantai Mati, 30 kilometer timur Athens pada Isnin,ketika angka kematian akibat kebakaran hutan yang bermula 23 Julai lalu kini mencecah 91 orang, lapor Xinhua.

“Saya bertemu dengan penduduk, jurutera awam, askar, bomba dan sukarelawan. Sukar untuk mengatakan betapa sedihnya dan amat berbangga dengan usaha mereka untuk memulihkan keadaan,” katanya menerusi twitter.

Terdahulu, Briged Bomba mengumumkan jumlah korban meningkat kepada 91, sementara 25 orang masih hilang dan sedozen lagi dirawat di hospital.

Setakat ini, 59 mangsa telah dikenal pasti. Menurut pusat pemantauan kebakaran hutan negara, kebakaran besar itu memusnahkan hampir 1,260 hektar tanah. – Bernama, 30 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen