POLIS Fiji menemui 51 ketul dadah jenis kokain yang dianggarkan bernilai 43 juta dolar Fiji (sekitar AS$20.4 juta) di sempadan negara itu, lapor agensi berita Xinhua memetik Pesuruhjaya Polis Brigadier-Jeneral Sitiveni Qiliho.
Tentera Laut Fiji kemudian menghantar kokain berkenaan ke Suva untuk dianalisis, katanya semasa merasmikan bengkel jawatankuasa Narkotik Fiji di Suva, pada Isnin.
Beliau menambah, pihak polis sedang bekerjasama dengan angkatan laut dan pihak berkepentingan dari luar negara dan tempatan berhubung dengan penemuan dadah berkenaan di pinggir kepulauan timur Fiji dan di Pulau Taveuni.
Pulau Taveuni adalah pulau ketiga terbesar di Fiji.
Qiliho berkata, sebelum ini satu lagi penemuan sebanyak 58 ketul dadah jenis sama dijumpai di Tonga.
Antara Januari dan Jun, lebih daripada 10 kilogram methamphetamine dirampas di Fiji. – Bernama, 30 Julai, 2018.
Komen