Dr Mahathir pengerusi, Azmin pengarah baharu Khazanah


Jabatan Perdana Menteri mengumumkan senarai pengganti ahli lembaga pengarah Khazanah yang baharu dan menamakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2018.

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi pengerusi baharu Khazanah Nasional Bhd dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali sebagai pengarahnya.

Tiga pengarah lain ialah Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin, kata kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.

Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta sementara pelantikan seorang pengarah urusan akan dibuat kemudian, kata kenyataan itu.

Hassan dikenali sebagai bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif firma minyak negara Petronas.

Sukhdave adalah pegawai yang lama berkhidmat di Bank Negara Malaysia, dinaikkan kepada timbalan gabenor, tetapi berhenti semasa kontroversi pada November tahun lepas, memendekkan penggal perkhidmatannya sebagai timbalan.

Dalam kenyataannya semasa melepaskan jawatannya, beliau berkata “kepimpinan adalah tanggungjawab dan bukan keistimewaan” semasa laporan mengenai tidak puas hati berhubung  kekurangan standard profesional di bank pusat.

Sementara itu, Goh adalah daripada industri perbankan dan pada Februari tahun ini menjadi pengarah bebas dan pengarah bukan eksekutif di Shangri-La Hotels (Malaysia) Berhad.

Bekas pengarah urusan Azman Mokhtar dan lapan ahli lembaga pengarah lain meletak jawatan serentak empat hari lalu dengan surat letak jawatan tidak bertarikh.

Dalam satu kenyataan berikutnya, Khazanah berkata perletakan jawatan mereka adalah bagi membuka jalan kepada peralihan yang lancar dan teratur di bawah kerajaan baharu.

Dr Mahathir sehari kemudian berkata perletakan jawatan itu bukan balas dendam tetapi peluang menstruktur semula syarikat pelaburan negara tersebut dengan polisi baharu, susulan pengambilalihan Pakatan Harapan daripada kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum Mei lalu. – 30 Julai, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen