PRESIDEN Venezuela Nicolas Maduro pada Rabu menunda denominasi mata wang negara itu dari 4 Ogos kepada 20 Ogos dan mengumumkan akan membuang lima kosong daripada mata wang tersebut berbanding tiga seperti yang diarahkannya sebelum ini.
Venezuela sedang menempuh hiperinflasi.
“Saya umumkan bahawa ekonomi, demoninasi mata wang akan bermula secara muktamad pada 20 Ogos,” kata Maduro dalam ucapan yang disiarkan melalui radio dan televisyen.
Maduro berkata sistem kewangan baharu itu “akan menambat (bolivar) kepada petro,” mata wang kripto Venezuela yang disokong minyak dan dilancarkan sebelum ini oleh kerajaan negara tersebut.
Tanpa memberikan butiran lanjut, beliau berkata para pegawai Kementerian bagi Ekonomi Popular akan menjelaskan kemudian pada minggu ini mengenai skop langkah-langkah terbabit.
Meskipun pembangkang mendakwa wang kertas baharu belum lagi tiba di negara itu, Maduro berkata kerajaan sudah memilikinya dan ia akan mula diedar pada 20 Ogos.
Ia merupakan sebahagian langkah denominasi semula kedua yang dilaksanakan Venezuela dalam tempoh 10 tahun. – Bernama, 30 Julai, 2018.
Komen