Juruterbang mabuk, penerbangan ditunda 10 jam


Anak kapal pesawat FlyDubai itu memberi amaran kepada pegawai lapangan terbang selepas juruterbang kelihatan masih mabuk kurang sejam sebelum penerbangan dijadualkan berlepas pada pagi Ahad. – Gambar AFP, 30 Julai, 2018.

PESAWAT ke Dubai dari Nepal tertunda hampir 10 jam selepas juruterbangnya didapati berada bawah pengaruh alkohol, kata pegawai pada Isnin.

Penerbangan FlyDubai itu akhirnya berlepas dari Kathamandu dengan anak kapal berbeza.

Anak kapal memberi amaran kepada pegawai lapangan terbang selepas juruterbang itu kelihatan masih mabuk kurang sejam sebelum penerbangan dijadualkan berlepas pada pagi Ahad.

“Ujian pernafasan mendapati beliau mengambil alkohol. Ujian perubatan lanjut mengesahkan perkara itu,” kata Raj Kumar Chettri, pengurus besar Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan memberitahu AFP.

Ibu Pejabat FlyDubai dimaklumkan perkara itu dan penerbangan dengan 154 penumpang itu ditunda sehingga kumpulan anak kapal baru sampai.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan kewarganegaraan juruterbang itu. – AFP, 30 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen