13 maut termasuk pengantin lelaki, van bertembung trak kontena di Vietnam


Pengantin lelaki dan sembilan mangsa maut apabila van persiaran yang dinaiki bertembung trak kontena di Vietnam. – Gambar AFP, 30 Julai, 2018.

SAAT bahagia bertukar menjadi detik hitam apabila sebuah van persiaran yang membawa rombongan pengantin lelaki, sanak saudara dan rakan-rakannya bertembung sebuak trak kontena pada awal Isnin di wilayah tengah Quang Nam, Vietnam menyebabkan 13 orang maut manakala empat lagi cedera.

Mereka dalam perjalanan untuk menjemput pengantin perempuan di rumahnya yang terletak dalam wilayah Binh Dinh ketika nahas berlaku.

Pengantin lelaki dan sembilan mangsa maut di tempat kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar dalam talian tempatan VnExpress.

Menurut pihak berkuasa Quang Nam, van itu membawa 17 penumpang dari wilayah Quang Tri, yang merupakan kampung pengantin lelaki. – Bernama, 30 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen