China dilanda gelombang panas


Pusat Meteorologi China menasihatkan penduduk mengurangkan aktiviti luar manakala pihak berkuasa tempatan perlu mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan kebakaran yang mungkin disebabkan beban kuasa berlebihan. – Gambar AFP, 30 Julai, 2018.

METEOROLOGIS pada Ahad memperbaharui amaran cuaca buruk peringkat kuning bagi suhu tinggi susulan gelombang panas terus melanda bahagian tengah dan selatan China, lapor agensi berita China Xinhua.

Wilayah-wilayah Chongqing, Hubei dan Fujian dijangka menyaksikan suhu dari 37 hingga 39 darjah Celsius, dengan sesetengah kawasan mencecah lebih 40 darjah Celsius, kata Pusat Meteorologi Negara (NMC).

NMC turut memberi amaran berhubung peningkatan suhu di Lembangan Turpan di barat daya Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur serta beberapa kawasan di timur laut wilayah Liaoning dan wilayah Jilin.

Justeru, orang ramai harus mengurangkan aktiviti luar manakala pihak berkuasa tempatan perlu mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan kebakaran yang mungkin disebabkan beban kuasa berlebihan, kata NMC.

China mempunyai sistem amaran tiga peringkat kod warna bagi gelombang panas, dengan merah mewakili situasi paling teruk diikuti jingga dan kuning. – Bernama, 30 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen