LEBIH 500 pendaki dan malim gunung terperangkap oleh tanah runtuh di pulau gunung berapi Lombok, sehari selepas berlakunya gempa bumi di pulau pelancongan Indonesia itu, kata pegawai taman negara di sana.
Helikopter dan pasukan penyelamat berjalan kaki digerakkan untuk membuka laluan di cerun Gunung Rinjani, yang bersimpang siur dengan laluan pendakian dan terkenal dalam kalangan pelancong.
“Masih terdapat 560 orang terperangkap. Sebanyak 500 di kawasan Segara Anakan sementara baki di Batu Ceper,” kata ketua taman negara Rinjani, Sudiyono.
Seramai 16 orang terbunuh dan ratusan bangunan musnah akibat gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari keluar dari rumah masing-masing pada awal pagi semalam.
Gempa bumi itu juga menyebabkan runtuhan batu dan lumpur dari Gunung Rinjani menyukarkan orang ramai untuk turun.
Berketinggian kira-kira ,726 meter (12,224 kaki) dari paras laut, puncaknya ialah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan mencari antara lokasi kegemaran ramai kerana pemandangannya yang sangat indah.
Laluan mendaki di gunung itu pada masa ini ditutup susulan gempa. – AFP, 30 Julai, 2018.
Komen