FILEM Mission Impossible: Fallout yang merupakan filem keenam siri tersebut dibintangi Tom Cruise mengungguli carta kutipan pecah panggung Amerika Utara, mengatasi kutipan lima filem “Impossibles” terdahulu.
Filem keluaran Paramount/Skydance itu mengutip AS$61.5 juta dalam tempoh tiga hari menurut pemerhati industry filem, Exhibitor Relations, empat kali ganda lebih banyak berbanding AS$15 juta yang dikutip filem Mamma Mia! Here We Go Again.
Filem itu dibintangi Cruise yang sudah berusia 56 tahun dipenuhi aksi kejar mengejar dan padat dengan aksi mengagumkan dalam usahanya mencari plutonium yang hilang dan pengganas. Pengkritik nampaknya menyukai filem itu walaupun wujud kelemahan ketara.
Mamma Mia terbitan Universal pula berada di kedudukan kedua untuk minggu kedua berturut-turut. Dibintangi Meryl Streep, Amanda Seyfried, Colin Firth dan Pierce Brosnan ia mengisahkan karakter Streep ketika muda di kepulauan Greek dengan lagu-lagu ABBA.
Di tangga ketiga adalah filem The Equalizer 2 terbitan Sony dibintangi Denzel Washington dengan kutipan AS$14 juta.
Tempat keempat jatuh kepada Hotel Transylvania 3: Summer Vocation juga keluaran Sony dengan kutipan AS$12.3 juta. Filem Teeen Titans Go! To the Movies berada di tempat kelima dengan kutipan AS$10.5 juta.
Berikut adalah lima lagi filem yang menduduki kedudukan 10 teratas kutipan tertinggi:
“Ant-Man and the Wasp” (AS$8.4 juta)
“Incredibles 2” (AS$7.2 juta)
“Jurassic World: Fallen Kingdom” (AS$6.8 juta)
“Skyscraper” (AS$5.4 juta)
“The First Purge” (AS$2.2 juta) – AFP, 30 Julai, 2018.
Komen