Netanyahu pertahan undang-undang kontroversi Yahudi


PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mempertahankan undang-undang baharu yang mengisytiharkan Israel sebagai negara Yahudi dengan berkata ia tidak menjejaskan hak minoriti.

Undang-undang itu menyebut Israel sebagai tanah air bersejarah orang Yahudi dan mereka mempunyai hak “unik” untuk penentuan nasib sendiri di situ.

Netanyahu berkata undang-undang lain sudahpun menjamin kesaksamaan bagi orang bukan Yahudi dan mendefinisikan Israel sebagai demokratik.

“Namun, kami tidak pernah menentukan hak negara orang Yahudi di tanahnya dalam undang-undang asas - hingga kini, apbila kami meluluskan undang-undang negara,” kata Netanyahu pada mesyuarat mingguan Kabinet.

Undang-undang berkenaan diluluskan pada tengah malam 19 Julai dan ia merupakan sebahagian daripada undang-undang dasar Israel, iaitu perlembagaan sebenar.

Ia diselar di Parlimen dan juga di tempat lain. Ahli Parlimen Arab dari parti pembangkang Zionist Union, Zouheir Bahloul meletak jawatan semalam sebagai bantahan.

Beratus penulis dan seniman Israel menandatangani satu petisyen menggesa Netanyahu dan anggota kerajaannya menindas golongan minoriti dan membatalkan undang-undang itu.

17.5% daripada lapan juta penduduk Israel terdiri daripada warga Arab. – AFP, 29 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen