KIRA-KIRA 200 penerbangan terpaksa dibatalkan dan dua terminal dipindahkan di lapangan terbang Munich pada Sabtu selepas seorang wanita tidak dikenali memasuki kawasan keselamatan, kata polis dan lapangan terbang itu.
Individu berkenaan berjaya memasuki kawasan keselamatan Terminal 2 tanpa diperiksa dan kemudian hilang tanpa jejak walaupun pencarian besar-besaran dilakukan, kata polis sambil menambah mereka yakin beliau tidak berbahaya.
Ribuan pengguna di lapangan terbang pada hujung minggu yang sibuk terpaksa dipindahkan.
Sebanyak 60 penerbangan juga ditangguhkan. – AFP, 29 Julai, 2018.
Komen