GEMPA bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Lombok, Indonesia pada Ahad, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa kuat dengan kedalaman tujuh kilometer (empat batu), melanda pada jam 6.47 pagi waktu tempatan (2247 GMT Sabtu), kata USGS.
Ia melanda 50 km (30 batu) di timur laut bandar utama Mataram, kata tinjauan itu.
Lombok yang terletak di tenggara Indonesia adalah destinasi pelancongan popular, dan terletak sekitar 100 km dari Bali.
Tiada laporan kematian atau kerosakan.
Indonesia, sebuah gugusan ribuan pulau, terletak di kawasan yang dikenali Lingkaran Api Pasifik, tumpuan aktiviti seismik.
Ia sering dilanda gempa, kebanyakannya tidak berbahaya. Bagaimanapun, rantau ini masih berwaspada dengan gegaran yang mungkin mencetuskan tsunami.
Pada 2004, tsunami yang dicetuskan oleh magnitud 9.3 gempa bawah laut di pesisir Sumatera, di barat Indonesia, membunuh 220,000 orang di beberapa negara sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 di Indonesia. – AFP, 29 Julai, 2018.
Komen