Mahkamah Mesir jatuhkan 75 hukuman mati 


Penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan polis selepas presiden Mohamaed Morsi digulingkan pada 2013.– Gambar EPA, 28 Julai, 2018.

MAHKAMAH Mesir pada Sabtu menjatuhi hukuman mati terhadap 75 pejuang Islam, termasuk pemimpin Ikhwan Muslimin, dan disifatkan sebagai hukuman mati paling besar dalam satu kes di negara berkenaan.

Undang-undang Mesir memerlukan rujukan mufti besar bagi kes hukuman mati, walaupun pendapatnya tidak terikat dengan undang-undang dan pesalah masih ada hak untuk membuat rayuan.

Mereka yang didapati bersalah merupakan antara 713 defendan yang dibicarakan atas tuduhan membunuh anggota polis dan merosakkan harta benda awam ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 2013 dan penyokong presiden Mohames Morsi yang digulingkan.

Ahli kanan gerakan itu Mohamed el-Baltagui, Issam al-Aryan dan Safwat Hijazi merupakan natara yang terlibat manakala 31 yang lain dibicarakan secara berasingan.

Turut dibicarakan, jurugambar terkenal Mahmud Abu Zeid, yang juga dikenali sebagai Shawkan, yang menerima Hadiah Kebebasan Media Unesco pada Mei lepas.

Mahkamah bagaimanapun mengangguhkan perbicaraan terhadapnya dan yang lain.

Pada 14 Ogos, 2013, merupakan hari yang mencatatkan sejarah hitam bagi Mesir, sebulan selepas tentera menggulingkan Morsi, polis bertindak menyuraikan kem penunjuk perasaan di dataran Rabaa al-Adawiya di Kaherah.

Kira-kira 700 orang terbunuh dalam masa beberapa jam di Rabaa al-Adawiya dan di dataran Nahda yang turut menjadi satu lagi lokasi penunjuk perasaan.

Ratusan lagi terbunuh dalam pertempuran jalanan dengan polis dalam tempoh beberapa bulan selepas pembunuhan beramai-ramai itu. – AFP, 28 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen