Korea Utara berdepan masalah kemarau terburuk sejak 15 tahun


Kemarau berpanjangan menyebabkan kekurangan bekalan makanan di kawasan paling padat penduduk di Korea Utara. – Gambar EPA, 21 Julai, 2017

KOREA Utara berdepan kekurangan bekalan masalah berikutan kemarau paling teruk sejak 15 tahun lalu, kata PBB, yang menggesa makanan diimport untuk halang kanak-kanak kebuluran.

Kekurangan hujan bagi pertengahan pertama tahun ini merosakkan pertanian penting dlaam negara itu di saat masalah kekurangan nutrisi menular, menurut laporan Organisasi Makanan dan Pertanian PBB (FAO).

Musim hujan berkurangan di bawah paras 2001 dan boleh menyebabkan “kekurangan bekalan makanan di kawasan paling padat penduduk,” kata wakil FAO China dan Korea Utara, Vincent Martin.

“Langkah segera perlu diambil sebagai sokongan terhadap petani di kawasan terjejas dan mengelakkan strategi yang tidak diingini seperti mengurangkan pengambilan makanan harian,” tambah Martin.

Korea Utara dilanda kebuluran sejak beberapa abad lalu dengan ratusan ribu rakyatnya maut pada pertengahan 1990an ketika zaman sukar negara itu.

Walaupun berada dalam tahun yang baik, namun lebih 40 peratus populasi dikategorikan PBB sebagai kekurangan zat makanan.

Namun kadar penurunan hujan pada pertengahan tahun pertama adalah di bawah paras 2001 yang mana kemarau teruk itu menjejaskan pertanian di negara terbabit.

Di beberapa kawasan utama pertanian, kadar hujan pada April hingga Jun adalah di bawah 50 peratus.

Kegagalan pengurusan menjadi faktor utama kekurangan bekalan makanan di mana kebanyakan perbelanjaan negara dihabiskan untuk program pembangunan nuklear dan peluru berpandu termasuk peruntukan pertanian. –  AFP, 21 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen