LIMA pilihan raya kecil yang berlangsung di Australia hari ini akan jadi kayu pengukur kepimpinan Perdana Menteri Malcolm Turnbull dan kerajaan pimpinannya yang mempunyai kerusi majoriti tipis di Parlimen.
Ia dilihat sebagai peluang untuk kerajaan pemerintah menambah bilangan kerusi.
Kerusi tersebut dipertandingkan selepas wakil rakyat pembangkang terpaksa meletak jawatan berikutan perlembagaan negara yang melarang ahli politik memiliki dua kerakyatan.
Setengah juta rakyat negara tersebut layak mengundi.– AFP, 28 Julai, 2018.
Komen