TAUFAN kencang sedang menuju Jepun pada Sabtu, selepas kawasan barat negara itu dilanda bencana banjir dan tanah runtuh.
Taufan Jongdari, membawa angin kencang berkelajuan sehingga 180 kilometer sejam, diramal bakal melanda pulau utama negara itu pada Sabtu malam atau awal Ahad, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Ribut itu, yang kini berada di 400 kilometer dari tenggara Tokyo, dijangka menuju barat Chugoka pada Ahad, di mana hujan lebat berlaku awal bulan ini, yang menyebabkan bencana banjir dan tanah runtuh sehingga mengorbankan 220 orang.
Pihak berkuasa memberi amaran berlakunya hujan lebat; tanah runtuh dan angin kencang; dan ombak tinggi, serta menggesa orang ramai supaya meninggalkan kawasan itu secepat mungkin.
“Kami mahu orang ramai terutamanya yang tinggal di daerah yang dilanda hujan agar menumpukan perhatian kepada nasihat pemindahan,” kata pegawai agensi meteorologi Minako Sakurai kepada pemberita.
Lebih 150 penerbangan domestik dibatalkan setakat ini berikutan taufan Jongdari, kata laporan media.– AFP, 28 Julai, 2018.
Komen