Isu minyak boleh jejas Pakatan dalam PRN Sarawak, kata penganalisis


Desmond Davidson

PERTIKAIAN antara Sarawak dan Petronas mengenai pemilikan sumber minyak dan gas di negeri itu, dan juga dengan Putrajaya mengenai kaedah pembayaran royalti minyak, boleh menjejaskan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya tidak diselesaikan menjelang pilihan raya itu pada 2021, kata penganalisis politik.

Ketua Pusat Pengajian Asia Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Faisal S Hazis berkata, untuk menyelesaikan perkara ini, kerajaan Persekutuan perlu “menangani melangkaui hal royalti minyak”.

Kegagalan memujuk Sarawak kata Faisal, boleh menjejaskan PH yang menang dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Rasa tidak puas hati Sarawak terhadap pembayaran royalti minyak berpunca daripada kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang baru-baru ini berkata royalti minyak 20% negeri itu akan dikiran berdasarkan kepada keuntungan bersih berbanding pengeluaran kasar seperti yang diamalkan selama 44 tahun. Kenyataan Amzin itu berbeza dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya PH.

Manifesto PH juga menawarkan pengembalian 50% daripada semua cukai Persekutuan yang dikutip dalam negeri dan autonomi penuh dalam pendidikan serta penjagaan kesihatan.

Kenyataan berbeza mengenai pembayaran royalti minyak itu menyebabkakn rakyat Sarawak menuduh kerajaan PH ini tiada bezanya dengan kerajaan Barisan Nasioanl yang kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Faisal berkata PH perlu menangani rasa tidak puas hati Sarawak itu. – 28 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • kerajaan perlu tangani masalah royalti sarawak sebaik mungkin untuk elakkan sebarang kesulitan.. sarawak perlu lah bagi peluang dan masa kepada kerajaan untuk uruskannya jangan terlampau mendesak..baru brapa bln kerajaan baru dibentuk

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Alisya sofea · Ulasan