Kemunculan semula Carrie Fisher dalam Star Wars


Menurut Disney, watak lakonan mendiang Carrie Fisher akan dikumpulkan dari rakaman-rakaman 'The Force Awakens' sebelum ini yang tidak pernah dikeluarkan dan mendapat keizinan anak perempuan beliau, Billie Lourd.

DISNEY semalam berkata “Star Wars: Episod IX” akan memulakan penggambaran minggu depan, serta membuat pengumuman mengejutkan bahawa filem itu akan menampilkan mendiang Carrie Fisher.

Episod terakhir saga Skywalker - yang bermula pada 1977 dengan “Episode IV: A New Hope” - dijangka akan ditayang di seluruh dunia pada Disember tahun depan.

Watak Puteri Leia yang dilakonkan Fisher, masih hidup pada dalam episod “The Last Jedi” pada 2017, namun aktres itu meninggal dunia pada Disember 2016.

“Kami sangat sayangkan Carrie Fisher,” kata J.J. Abrams yang kembali mengarahkan Episod IX, selepas mengarah “Episode VII: The Force Awakens” pada 2015.

“Mencari kesimpulan yang sangat memuaskan hati bagi saga Skywalker tanpanya. Kami tidak akan membuat lakonan semula, atau menggunakan  awatak CG,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Menurut Disney, watak lakonan Fisher akan dikumpulkan dari rakaman-rakaman “The Force Awakens” sebelum ini yang tidak pernah dikeluarkan dan mendapat keizinan anak perempuan beliau, Billie Lourd.

Ini bukan kali pertama dilakukan dalam filem Star Wars.

“Rogue One”, yang dimainkan pada 2016 yang diarahkan oleh Gareth Edwards, berada di pawagam selama beberapa minggu selepas kematian Fisher akibat serangan jantung diumumkan. – AFP, 28 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen