Polis Israel tutup pagar ke Masjid Al-Aqsa 


Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis menjadi antara faktor utama dalam konflik Palestin-Israel. – Gambar Youtube, 27 Julai, 2018.

POLIS Israel bertindak menutup pagar ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Jumaat selepas pertempuran tercetus antara warga Palestin ketika ssolat Jumaat. 

Pihak berkuasa yang menguruskan masjid berkenaan mengesahkan penutupan pagar itu selepas berlaku kekecohan itu.

Kesemua laluan masuk ke masjid berkenaan, yang merupakan tempat suci umat Islam ketiga disekat, menurut jurugambar AFP. 

Polis tidak mengesahkan penutupan itu namun berkata pertempuran yang berlaku selepas solat Jumaat ketika “penunjuk perasaan membaling mercun ke arah polis”.

“Polis memasuki kawasan masjid dan mengosongkannya. Ketika menyuraikan penunjuk perasaan, polis turut menahan beberapa suspek,” katanya.

Tambahnya, polis masih mencari untuk menahan beberapa suspek yang lari ke dalam masjid Al-Aqsa. 

Pihak berkuasa masjid turut menyiarkan rakaman video menunjukkan polis Israel menembak gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin di kawasan masjid berkenaan.

Kawasan itu merupakan salah satu isu yang paling besar dalam konflik Israel-Palestin. – AFP, 27 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen