AGENSI penguatkuasaan undang-undang Afghanistan telah menahan seorang anggota Taliban di wilayah Panjshir, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan ketua polis wilayah itu, Najim Khan, pada Jumaat.
Pegawai polis itu berkata Mawawi Agha Mir telah berkhidmat sebagai pegawai yang bertanggungjawab di bahagian ketenteraan dan pegawai kewangan bagi cawangan Taliban di Panjshir sejak beberapa tahun lepas dalam usaha menggugat kestabilan wilayah tersebut.
Dengan sokongan pihak berkuasa tempatan, agensi penguatkuasaan undang-undang telah berjaya menahan beliau di daerah Abshar pada Rabu.
Kumpulan Taliban belum mengulas penahanan itu.– Bernama, 27 Julai, 2018.
Komen