TERDAPAT 14,000 maklumat sulit kad kredit pelanggan tempatan dan asing dicuri di Chile, walaupun kebanyakan kad telah tamat tempoh.
Perkara itu disahkan oleh pihak Penguasa Bank dan Institusi Kewangan, dan kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sekumpulan penggodam jenayah siber dikenali Shadow Brokers.
Kesan kerosakan dan bagaimana mereka berjaya mencuri maklumat sulit di hampir semua bank di Chile belum dapat dipastikan.
Pihak berkuasa kewangan Chile mengarahkan langkah segera diambil bagi memastikan maklumat sulit pelanggan dilindungi dan mengguna pakai peruntukan lain yang ada untuk membanteras kegiatan lanun baharu itu.
Presiden Persatuan Perbankan Chile, Segismundo Schulin-Zeuthen berkata maklumat kad tidak dikeluarkan oleh bank negara, kerana data peribadi pelanggan hanya diketahui oleh pihak bank yang dilanggan saja. – Bernama, 27 Julai, 2018.
Komen