Pengundi Balakong tidak ambil peduli kehadiran MCA


Gan Pei Ling

Adun Balakong Eddie Ng Tien Chee (tengah) disenangi pelbagai kaum kerana sikapnya yang merendah diri dan mengambil berat. – Gambar Facebook, 20 Julai, 2018.

KEMATIAN mengejut wakil rakyat penggal kedua Balakong, Eddie Ng Tien Chee, masih dirasai ramai pengundi di situ yang merupakan sebuah bandar yang sibuk di pinggir Kuala Lumpur.

Terletak di tengah antara perbandaran padat Cheras dan Seri Kembangan, Ng berjaya mengalahkan PAS dan MCA untuk memenangi 77.5% undi dan mengekalkan kerusi negeri semasa pilihan raya umum 9 Mei.

Yi, seorang ahli perniagaan setempat yang kedainya terletak di bawah pusat perkhidmatan Ng di Jalan Kasturi 1, berkata mendiang adalah seorang merendah diri dan disayangi oleh penduduk tempatan.

“Beliau akan mengangkat tangannya (dan tersenyum) untuk menegur kami setiap kali bertembung. Beliau akan duduk untuk berbual dengan kami walaupun seorang YB,” katanya yang hanya memberikan nama keluarganya.

Kesetiaan penduduk bandar untuk Ng dan DAP dijangka tidak berubah dengan pilihan raya kecil (PRK) akan datang, susulan kemalangan maut yang meragut nyawa Ng pada 22 Julai.

Untuk PRK itu, MCA mengumumkan ia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo sendiri dan bukannya Barisan Nasional.

Keputusan itu mengejutkan banyak pemerhati politik, yang mengatakan langkah itu adalah usaha untuk menjauhkkan diri daripada Umno dan kontroversi terbaharunya. – 27 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen