Menteri pertanian Paraguay dan timbalan maut nahas pesawat


Bangkai pesawat Beechcraft Baron yang terhempas pada 25 Julai berhampiran lapangan terbang Ayolas, Paraguay, meragut empat nyawa termasuk Menteri Pertanian Luis Gneiting. – Gambar AFP, 27 April, 2018.

MENTERI pertanian Paraguay dan timbalannya adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan pesawat berhampiran sempadan Argentina, kata penyelamat pada Khamis.

Pesawat ringan enjin berkembar itu berlepas dari sebuah bandar nelayan di selatan Ayolas pada petang Rabu tetapi terhempas tidak lama selepas itu, hanya lapan kilometer (4 batu) dari lapangan terbang.

“Tiada mangsa terselamat,” kata Roque Gonzalez, anggota unit mencari dan menyelamat, kepada AFP.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Menteri Pertanian Luis Gneiting, Timbalan Menteri Vicente Ramirez, penjawat awam Luis Charotti dan juruterbang Gerardo Lopez.

Gneiting kembali ke ibu kota Asuncion, sejauh 300 kilometer, selepas melawat ibunya yang sakit, yang meninggal pada Khamis beberapa jam selepas anak lelakinya itu.

Punca kemalangan masih tidak diketahui. – AFP, 27 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen