KERAJAAN Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengatakan ratusan keluarga yang terpisah di sempadan dengan Mexico belum disatukan ketika tarikh akhir yang diperintahkan mahkamah untuk mengembalikan semua anak kepada ibu bapa mereka sudah berlalu.
Seorang hakim persekutuan di California memerintahkan agar semua keluarga migran yang layak dikembalikan bersama pada jam 6.00 petang (2200 GMT) dan para pegawai berkata di mahkamah 1,442 kanak-kanak berumur lima tahun ke atas berjaya disatukan semula dengan keluarga mereka.
“Rancangan penyatuan semula yang digariskan ke mahkamah ... sedang berjalan, dan dijangka menyatukan semula semua ahli kelas yang didapati layak untuk disatukan semula pada masa ini oleh tarikh akhir mahkamah pada 26 Julai 2018,” kata kerajaan.
Sejumlah 378 kanak-kanak dibebaskan di bawah “keadaan yang sesuai” tetapi lebih 700 kanak-kanak masih dalam tahanan.
Bagaimanapun, bagi keluarga yang belum disatukan, ia disebabkan tidak layak, sama ada kerana hubungan keluarga belum disahkan, atau ibu bapa mempunyai rekod jenayah, penyakit berjangkit atau tidak dapat dijumpai. – AFP, 27 Julai, 2018.
Komen