Pemangku PM New Zealand suruh Australia tukar bendera


PEMANGKU Perdana Menteri New Zealand Winston Peters menggesa negara jiran, Australia untuk menukar benderanya pada Khamis, berkata reka bentuk bendera Kiwi itu mengelirukan.

“Kami merekanya dan mereka pinjam dan jika kita tidak lagi mahu keliru mereka patut menukar bendera mereka,” kata Peters kepada wartawan.

“Sudah jelas yang reka bentuknya membuatkan dunia keliru. Saya pernah pergi ke Turki dan tempat lain di mana mereka keliru negara kita kerana bendera. Ia tidak membantu.”

Kedua-dua bendera New Zealand dan Australia berwarna biru gelap dengan jata negara Union Jack di sebelah atas kirinya.

Satu-satunya beza antara keduanya adalah bendera Australia mempunyai enam bintang, manakala New Zealand dengan empat bintang merah.

Peter yang memangku jawatan itu sementara Perdana Menteri Jacinda Ardern cuti bersalin memperjuangkan isu bendera.

Pemimpin berusia 73 tahun itu membangkitkan isu itu minggu ini, mengadu yang “kita reka bendera itu dahulu”.

Pemimpin pembangkang Simon Bridges memperlekeh isu bendera ditimbulkan Peters, menuduhnya mengamalkan populism dan menggelarkannya sebagai “Donald Trump versi orang miskin”.

Bridges berkata rakyat New Zealand yang ditemuinya lebih pentingkan isu utama seperti ekonomi dan penjagaan kesihatan.

New Zealand menggunakan bendera itu pada 1902, Australia pula hanya mengiktirafnya sebagai bendera rasmi pada 1954.

Bagaimanapun, bendera Australia itu telah digunakan secara tidak rasmi sejak 1901 dan kedua-dua negara berkata reka bentuk hampir serupa itu sudah wujud sejak 1800an.

New Zealand mengadakan referendum untuk mengubah benderanya kepada reka bentuk baharu pada 2016 tetapi tidak mendapat sokongan rakyat dengan hanya 43% bersetuju berbanding 57% menentang. – AFP, 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen