POLIS Nicaragua telah memberkas beberapa individu yang disyaki menyerang sebuah balai polis di perbandaran Mulukuku, Pantai Caribbean Utara dan menyebabkan tiga anggota polis terbunuh.
Sebelum ini, pihak berkuasa telah menahan tiga pengganas kerana membunuh anggota tentera pada 11 Jun, ketika gelombang keganasan melanda negara itu.
Dalam insiden terbaharu itu, dua lagi anggota polis cedera dan pasukan keselamatan telah merampas beberapa senjata api termasuk sepucuk pistol 12 milimeter kaliber dan dua pucuk revolver 38 milimeter.
Suspek berdepan pertuduhan melakukan keganasan, jenayah terancang, pembunuhan, mengambil tebusan dan memiliki senjata api secara haram.
Menurut polis, mereka dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk berdepan pendakwaan bagi jenayah yang telah mereka lakukan.
Sejak keganasan meningkat pada 18 April, sekurang-kurangnya 16 anggota polis maut manakala lebih 200 lagi cedera, menurut laporan Suruhanjaya Kebenaran, Keadilan dan Keamanan, yang mengutuk serangan bersenjata ke atas beberapa balai polis di Matagalpa, Masaya dan Jinotepe.– Bernama, 26 Julai, 2018.
Komen