Dua ditahan terlibat kes penipuan AS$1.2 bilion mata wang Venezuela


Amerika Syarikat menahan dua bekas pegawai dan beberapa ahli perniagaan yang didakwa mengubah wang haram sebanyak AS$1.2 bilion milik syarikat minyak Venezuela PDVSA, kata pihak berkuasa pada Rabu.– Gambar AFP, 26 Julai, 2018.

AMERIKA Syarikat menahan dua bekas pegawai dan ahli perniagaan yang didakwa mengubah wang haram sebanyak AS$1.2 bilion milik syarikat minyak Venezuela PDVSA, kata pihak berkuasa pada Rabu.

“Suspek termasuk bekas pegawai PDVSA, pengubah wang haram profesional pihak ketiga, dan ahli elit Venezuela,” kata indikmen persekutan di daerah kedua Florida.

Suspek berkenaan memulakan operasi skim pertukaran mata wang asing yang dirangka untuk menyeleweng sekitar AS$600 juta daripada PDVSA, menerusi kegiatan rasuah dan penipuan pada Disember 2014.

Mereka memaksimumkan keuntungan dengan mengambil kesempatan terhadap kadar sistem pertukaran mata wang asing kerajaan Venezuela, dengan menukarkan mata wang bolivar kepada dolar.– AFP, 26 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen