O.J. Simpson diberi parol, akan dibebaskan Oktober


O.J. Simpson semasa menghadiri sidang parol di Nevada, Amerika Syarikat semalam. Beliau diberikan parol selepas menjalani hukuman penjara sembilan tahun daripada jumlah 33 tahun kerana kesalahan rompakan bersenjata dan penculikan pada 2007. – Gambar EPA, 21 Julai, 2017.

PEMAIN lagenda bola sepak Amerika O.J. Simpson, yang dibebaskan pada 1995 kerana dua tuduhan membunuh, dianugerahkan pembebasan dari penjara semalam selepas menjalani hampir sembilan tahun hukuman penjara kerana rompakan bersenjata.

Lembaga parol empat anggota di negara bahagian barat Amerika Syarikat, Nevada mengundi sebulat suara membebaskan Simpson yang kini berusia 70 tahun selepas pendengaran awam tegang yang disiarkan secara langsung oleh rangkaian berita.

Dengan penuh emosi, Simpson yang menundukkan kepalanya mengucapkan “terima kasih” kepada pesuruhjaya parol, yang mungkin dibebaskan seawal 1 Oktober.

Simpson didapati tidak bersalah pada 1995 bagi pembunuhan terhadap bekas isterinya, Nicole Brown Simpson, dan seorang teman lelaki, Ron Goldman.

Tetapi bekas pemain bola sepak Amerika dan pelakon dipenjarakan pada 2008 kerana peranannya dalam rompakan bersenjata pada tahun sebelumnya di sebuah resort di Las Vegas.

Simpson mendakwa pada perbicaraannya beliau hanya ingin mendapatkan barangan peribadi daripada peniaga dan mengulanginya sekali lagi semalam.

“Ia milik saya,” katanya. “Saya tidak berada di sana untuk mencuri daripada sesiapa pun.”

Simpson pada mulanya tidak menyatakan sebarang penyesalan atas tindakannya tetapi akhirnya berkata kepada lembaga parol yang beliau “menyesali semuanya yang terjadi”.

“Saya tiada niat untuk melakukan jenayah,” katanya. “Jika saya akan membuat pertimbangan lebih baik pada masa itu, tiada satu pun perkara seperti hari ini akan berlaku.”

Simpson muncul di depan lembaga pembebasan parol dengan konferensi video dari Lovelock Correctional Centre, penjara di mana beliau menjalani hukumannya.

Duduk di belakang meja kayu, beliau berseluar jeans dan berkemeja biru yang melindungi T-shirt dalam putih.

Simpson berjalan kaku dengan penambilan tubuh yang kelihatan agak susut dan lebih sihat berbanding kali terakhir menghadap lembaga parol empat tahun lalu. – AFP, 21 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen