BEBERAPA ahli kumpulan ajaran sesat yang melakukan serangan gas beracun sarin di stesen kereta api bawah tanah di Tokyo pada 1995, dijatuhi hukuman mati hari ini, selepas ketua kumpulan itu dihukum gantung beberapa minggu lalu.
Stesen televisyen NHK berkata sekurang-kurangnya dua ahli kultus Aum Shinrikyo dihukum gantung hari ini, sementara media lain tidak menyatakan jumlah.
Setakat ini belum ada pengesahan rasmi.
Pihak berkuasa menggantung “guru” Shoko Asahara dan enam lagi pengikutnya, awal bulan ini selepas beberapa tahun dijatuhi hukuman mati.
Sebanyak enam lagi pengikut Aum menunggu hukuman mati.
Jepun adalah antara negara membangun yang masih mengekalkan hukuman mati, dan orang ramai masih menyokongnya walaupun menerima kritikan antarabangsa.
Serangan gas sarin pada 1995 itu dilakukan pada waktu puncak dan membunuh 13 orang serta mencederakan ribuan yang lain.
Insiden itu mencetuskan kekecohan di ibu kota negara itu, dan mendorong serbuan terhadap ibu pejabat kumpulan ajaran sesat itu di kaki gunung Fuji, di mana pihak berkuasa menemui satu loji yang mampu menghasilkan gas sarin yang mencukupi untuk membunuh jutaan orang.
Beberapa ahli kumpulan Aum disabitkan bersalah terhadap serangan sarin di bandar Matsumoto setahun sebelum serangan di Tokyo, selain pembunuhan peguam anti kumpulan ajaran sesat dan keluarganya.
Walaupun tindakan keras diambil terhadap Aum, pihak berkuasa tidak secara rasmi mengharamkannya. – AFP, 26 Julai, 2018.
Komen