81 maut setakat ini kebakaran hutan di Greece


Angin dengan kekuatan 100km sejam turut menjadi punca kebakaran semakin merebak hingga memusnahkan hutan dan ratusan bangunan di Athens. – Gambar AFP, 26 Julai, 2018.

PIHAK berkuasa Greece berkata sekurang-kurangnya 81 orang terkorban dalam kebakaran di sekitar Athens, ketika pasukan penyelamat menyerbu masuk rumah penduduk dan kereta yang terbakar bagi mencari mangsa terselamat.

Jumlah penduduk tempatan dan pelancong yang melarikan diri ke laut turut meningkat bagi mengelak kebakaran yang memusnahkan bandar dan kawasan perkampungan berhampiran Athens.

Angin dengan kekuatan 100km sejam turut menjadi punca kebakaran semakin merebak hingga memusnahkan hutan dan ratusan bangunan.

Malah, media tempatan menggambar ia sebagai satu tragedi kebangsaan, selepas Perdana Menteri Alexis Tsipras terpaksa memendekkan lawatannya ke Bosnia, dan mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari. – AFP, 26 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen