PELBAGAI kumpulan di Sarawak sedang merangka pelan secara berasingan untuk mencabar dakwaan berlaku pelanggaran terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mahkamah Britain.
Kumpulan hak asasi manusia, secara khususnya memohon di mahkamah untuk menentukan adakah Sarawak sebuah negeri merdeka atau kerajaan negeri tadbiran sendiri yang kedaulatannya masih dipegang oleh kerabat diraja Britain.
Peguam undang-undang untuk Sarawak for Sarawakians (S4S) dan Sarawak Association For Peoples’ Aspiration (Sapa), Dominique Ng berkata pada peringkat ini, mahkamah Britain adalah pilihan untuk melihat pelbagai kemungkinan lain oleh sesetengah kumpulan hak asasi manusia.
Ng berkata halangan terbesar ialah kos perundangan yang tinggi.
Penyelidik Sabah, Zainnal Ajamain dianggap sebagai pihak penting dalam perjanjian pada 1963 itu yang membantu membentuk Persekutuan Malaysia baru-baru ini berkata kosnya boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta untuk bawa kes itu ke London.
“Sebaik saja anda masuk untuk mendapatkan peguam di sana, sudah kena RM500,000,” kata pengarah eksekutif Institut Pengajian Pembangunan (IDS) itu.
Kos perundangan yang tinggi itu menyebabkan anak guam Ng perlu mempertimbangkan cara lain untuk ke mahkamah Malaysia.
“Kumpulan saya mempertimbangkan untuk menyaman kerajaan persekutuan dulu (di mahkamah tempatan). Jika gagal, baru kita pertimbangkan ke UK,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Ng yang juga bekas wakil rakyat PKD berkata kos tidak akan jadi isu “kerana kami boleh buat sendiri” di Malaysia.
“Kami kumpulan peguam. Di UK, kami perlu mendapatkan khidmat peguam Britain.” – 26 Julai, 2018.
Baca berita penuh di sini.
Komen