Mereka boleh panggil saya apa saja, tak apalah, kata Dr Mahathir


Looi Sue-Chern

Dr Mahathir menghadiri rumah terbuka Bersatu di Pulau Pinang malam ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Looi Sue-Chern, 20 Julai, 2017.

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad berkata yang beliau tidak terkesan dengan gelaran yang diberikan lawannya.

Bekas perdana menteri yang kini menjadi pemimpin pembangkang berkata mereka boleh memanggil beliau apa sahaja yang mereka mahu.

“Orang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu cakap. Saya tak ada bantahan.

“Dulu they called me maha firaun. Tak apa lah.” katanya

Dr Mahahir yang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang di George Town malam ini berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Akhbar Kepada Perdana Menteri Najib Razak, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menyifatkan negarawan itu sekadar boneka berbanding “top dog” dalam PH.

“Kini, sebagai pengerusi pembangkang, Dr Mahathir menuntut bahawa beliau adalah ‘top dog’ pihak pembangkang, setaraf dengan perdana menteri. Tetapi, sama ada beliau sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang – seorang yang tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka,” kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan.

Tengku Sariffuddin turut menyentuh fakta yang parti Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai majoriti kerusi dalam pakatan pembangkang sebanyak 38 kerusi.

“Secara realiti, Kit Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka. Sebagaimana senarai pemimpin pembangkang yang diumum terdiri itu daripada orang Melayu, ia sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP,” tambahnya.

Kit Siang (DAP) ialah pemimpin pembangkang di Parlimen. Beliau dan Dr Mahathir ialah musuh politik sepanjang karier politik mereka sehinggalah mereka berganding bahu untuk menyingkirkan Najib dan Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir dalam ucapan sebelum itu berkata skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyatukan semua pakatan pembangkang dalam pergelutan untuk menyingkirkan pemerintahan pusat sekarang, termasuknya yang berganding bahu dengan bekas musuhnya Kit Siang dan bekas timbalan perdana menterinya Anwar Ibrahim. – 20 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen