SEBUAH mahkamah India pada Rabu menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas seorang pemimpin komuniti yang kontroversi di barat negeri Gujarat kerana kesalahan merusuh hampir tiga tahun lepas, lapor agensi berita China Xinhua.
Selain Hardik Patel, 24, dua pembantunya turut dijatuhi hukuman serupa dan ketiga-tiga tertuduh juga didenda sebanyak 50,000 rupee (AS$700) untuk peranan mereka dalam rusuhan itu serta merosakkan harta awam ketika perhimpunan pada 2015 yang menuntut kuota dalam pekerjaan dan pendidikan.
“Patel dan dua lagi telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana rusuhan ganas yang berlaku antara kira-kira 500 penunjuk perasaan dan polis ketika perhimpunan di Gujarat pada 23 Julai yang menyebabkan kerosakan kepada harta awam,” kata seorang peguam. – Bernama, 25 Julai, 2018.
Komen