Petronas bankrap atau tidak, itu bukan isunya, kata Masing


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata rakyat Sarawak kini mempersoalkan keikhlasan kerajaan Pakatan Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2018.

SAMA ada Petronas akan muflis atau tidak, itu bukanlah persoalannya, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing, susulan kenyataan yang dibuat di Parlimen hari ini bahawa Putrajaya tidak boleh memenuhi tuntutan royalti dari negeri-negeri pengeluar minyak.

Rakyat Sarawak katanya, kini mempersoalkan keikhlasan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Hak kami tetap hak kami! Sama ada Petronas akan bankrap, itu bukan isunya,” kata Masing menerusi aplikasi WhatsApp.

Di Parlimen hari ini, Menteri hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya tidak dapat menyalurkan royalti 20% yang dituntut oleh negeri-negeri pengeluar minyak.

Azmin berkata Petronas akan muflis jika pembayaran royalti ditetapkan pada 20% daripada nilai kasar minyak yang dihasilkan.

“Petronas ambil yang bukan milik mereka,” kata Masing, mengulangi pendirian Sarawak bahawa Akta Pembangunan Petroleum (1974) - yang memberi syarikat minyak negara itu monopoli ke atas semua sumber minyak dan gas di negara ini, termasuk di Sabah dan Sarawak, serta pembangunan sumber berkenaan - tidak terpakai di negeri itu.

Kerana “pencurian” itu, “Malaya kaya, dan Sarawak miskin”, katanya.

“Di mana keadilannya?” – 25 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen