GENGSTER warga Perancis yang sebelum ini melarikan diri dari penjara menggunakan helikopter, hampir ditangkap polis peronda dan terpaksa meninggalkan kenderaan - yang memuatkan bahan letupan - yang dinaikinya, kata pegawai pada Rabu.
Pegawai mengecam Redoine Faid sebagai salah seorang daripada dua yang cuba memecut ketika polis melakukan pemeriksaan keselamatan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka di utara Paris pada Selasa, kata sumber.
Pegawai pada Selasa “mahu melakukan pemeriksaan ke atas individu yang berada dalam kenderaan tersebut, yang sedang memerhatikan sebuah stesen perkhidmatan,” kata sumber polis kepada AFP.
“Mereka melarikan diri dari tempat kejadian dan memandu ke arah Sarcelles,” di mana mereka meninggalkan kenderaan tersebut di tempat letak kereta bawah tanah sebuah pusat membeli belah.
Polis menjumpai enam pakej plastik bahan letupan dan plat pendaftaran palsu di but kereta, kata sumber polis.
“Kami masih tidak tahu ke mana bahan letupan itu mahu dibawa,” kata pendakwa kanan daerah Pontoise kepada AFP.– AFP, 25 Julai, 2018.
Komen