Najib cuba tarik undi bagi calon BN di Sungai Kandis


Melati A. Jalil

Lawatan Najib Razak bersama calon BN, Lokman Noor Adam dirangka dengan begitu baik dan kesemua 10 rumah yang mereka lawati adalah penyokong Umno. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Julai, 2018.

LAWATAN Najib Razak ke Kampung Sungai Kandis hari ini adalah untuk menarik undi bagi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) 4 Ogos nanti kerana parti itu berjaya menawan pusat daerah mengundi itu dengan mudah pada pilihan raya sebelum-sebelum ini.

Lawatan bersama calon BN, Lokman Noor Adam dirangka dengan begitu baik dan kesemua 10 rumah yang mereka lawati adalah penyokong Umno.

Dan meskipun dipersalahkan atas kekalahan mengejut BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Najib tetap disambut mesra di sana.

“Saya gembira beliau datang ke rumah saya. Saya cuma diberitahu Yang Berhormat akan datang ke rumah, tapi tak sangka pula Najib yang datang. Jadi, saya memang terkejut bila nampak beliau.

“Saya dah lama sokong Umno dan tak akan berubah,” kata Pasringah Simun yang sudah menetap di kampung itu sejak 1964, kepada The Malaysian Insight.

Daripada 19 pusat daerah mengundi di kawasan Sungai Kandis, hanya dua yang dimenangi oleh calon BN pada PRU14 iaitu Kamaruzzaman Johari - satu ialah Kampung Sungai Kandis dan satu lagi ialah Kampung Pandan.

PRK ini adalah yang pertama selepas PRU14 pada 9 Mei lalu, berikutan kematian penyandangnya, Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai. – 25 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen