27 hilang lombong jed di Myanmar runtuh


Sekurang-kurangnya 27 orang hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah perlombongan jed Hpakant di Kachin, Myanmar, kata polis tempatan kepada Xinhua pada Rabu.– Gambar AFP, 25 Julai, 2018.

SEKURANG-kurangnya 27 orang hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah perlombongan jed Hpakant di Kachin, Myanmar, kata polis tempatan kepada Xinhua pada Rabu.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku selepas tembok setinggi 91.4 meter di tapak perlombongan yang tidak digunakan runtuh, awal pagi tadi.

Lombong berkenaan milik Ayeyar Yadanar Company, terletak di kampung Seik Mu.

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan disebabkan banyak runtuhan susulan berlaku, menurut Kementerian Penerangan.

Kejadian sama pernah berlaku di kampung San-Khar dan Lone-Khin di wilayah itu pada 14 Julai, yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dengan 43 lagi cedera.– Bernama, 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen