POLIS menahan dua warga Perancis di ibu negara Nepal atas dakwaan pedofilia pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.
Biro Penyiasatan Pusat (CIB) memberkas kedua-dua suspek berusia 42 dan 38 tahun itu berdasarkan maklumat bahawa mereka mengumpan mangsa dengan wang serta barangan sukan dan makanan seperti coklat.
Menurut kenyataan CIB, suspek yang dikenal pasti sebagai Christophe Guilloux dan Denis Mathiey Michel Chupau menyewa sebuah rumah di Kathmandu sejak 15 Okt tahun lepas.
Jurucakap CIB, Krishna Hari Sharma, berkata lapan mangsa memfailkan aduan terhadap kedua-dua warga asing itu setakat ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai warga asing ditahan di Nepal atas dakwaan melakukan penderaan seksual dan mencabul kanak-kanak bawah umur, kata polis. – Bernama, 25 Julai, 2018.
Komen