Puluhan maut dalam serangan ISIS di selatan Syria


Sekurang-kurangnya 40 orang termasuk orang awam maut dalam serangan bunuh diri oleh ISIS di selatan Syria, kata pemantau perang pada Rabu.– Gambar AFP, 25 Julai, 2018.

SEKURANG-kurangnya 40 orang termasuk orang awam maut dalam serangan bunuh diri oleh ISIS di selatan Syria, kata pemantau perang pada Rabu.

“Tiga pengebom bunuh diri menyasarkan bandar Sweida, sementara yang lain menyerang perkampungan di utara dan timur,” kata Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Rami Abdel Rahman, ketua pertubuhan pemantau yang berpangkalan di Britain itu berkata, kumpulan pengganas berkenaan turut membuat serangan susulan di wilayah tersebut.

Serangan tersebut, yang menurut pertubuhan pemantau itu mencederakan 30 orang, antara serangan paling kejam dilakukan kumpulan pengganas tersebut sejak beberapa bulan.

Walaupun tentera pro kerajaan mengusir ISIS daripada pusat bandar di timur Syria tahun lalu, serbuan mengejut dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah membunuh puluhan pejuang rejim dan sekutu.

Rejim Presiden Bashar Al-Assad mengawal hampir keseluruhan wilayah Sweida.

Kumpulan Jaish Khaled bin al-Walid, yang menyatakan kesetiaan kepada ISIS, menempatkan 1,000 anggotanya dekat wilayah Daraa.– AFP, 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen