Rakyat Pakistan mengundi hari ini


Pilihan raya kali ini, menyaksikan 3,459 calon bertanding untuk 272 kerusi Perhimpunan Nasional dan seramai 8,396 calon lagi untuk 577 kerusi di empat dewan wilayah, termasuk Khyber Pakhtunkhwa, Punjab, Balochistan dan Sindh. – Gambar AFP, 25 Julai, 2018.

PILIHAN raya umum Pakistan bermula Rabu, yang menyaksikan ramai pengundi keluar mengundi awal sebaik pusat pengundian dibuka. 

Menurut agensi berita Xinhua, rakyat Pakistan mengundi bagi memilih kerajaan baharu untuk tempoh lima tahun lagi, dengan harapan kerajaan yang bakal dipilih akan membawa kemajuan serta kestabilan ekonomi.

Pengundian bermula pukul 8 pagi waktu tempatan dan berakhir 6 petang.

Pilihan raya kali ini, menyaksikan 3,459 calon bertanding untuk 272 kerusi Perhimpunan Nasional dan seramai 8,396 calon lagi untuk 577 kerusi di empat dewan wilayah, termasuk Khyber Pakhtunkhwa, Punjab, Balochistan dan Sindh.

Bagaimanapun, pilihan raya di dua kerusi Dewan Undangan Nasional dan enam kerusi dewan daerah ditangguhkan kerana beberapa sebab, termasuk kematian beberapa calon. – Bernama, 25 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen