Empangan pecah di Laos, 17 mayat ditemui, 6 kampung musnah


Lebih daripada 6,000 daripada enam perkampungan terjejas selepas Empangan Xe-Namnoy di Laos pecah. – Gambar AFP, 25 Julai, 2018.

17 mayat ditemui selepas banjir kilat disebabkan empangan pecah di selatan Laos, kata seorang pegawai konsulat Thailand kepada AFP di tempat kejadian.

Arus besar terlepas pada Isnin selepas sebahagian empangan itu pecah, menyebabkan banjir besar ke hilir membawa arus deras memusnahkan rumah dan menyebabkan ramai hilang.

“Ada 17 mayat ditemui setakat ini, tetapi kami tak boleh ramal jumlah yang masih hilang,” kata Chana Miencharoen menambah yang air paras bumbung menenggelamkan beberapa perkampungan berhampiran Empangan Xe-Namnoy.

“Semua yang terbunuh adalah warga Laos…lebih daripada 6,000 daripada enam perkampungan berhampiran empangan terjejas,” katanya dari pusat bantuan di daerah Attepeu, tempat bencana berlaku.

Kawasan pendalaman itu hanya boleh dimasuki dengan helikopter dan bot, jalan raya rosak teruk atau langsung musnah disebabkan banjir kilat itu.

Laos negara Komunis terbina daripada pelbagai jaringan sungai dan empangan yang dibina atau sedang dibina untuk membangunkan negara itu yang mengeksport tenaga hidronya ke negara jiran seperti Thailand.

Syarikat Korea Selatan yang jadi rakan pemaju projek empangan hidro itu pada Rabu berkata mereka hanya mendapati bahagian atas struktur rosak 24 jam sebelum empangan runtuh.

SK Engineering & Construction berkata ia mendapati kerosakan ke atas empangan sekitar jam 9 malam Ahad.

“Kami serta merta memberi amaran kepada pihak berkuasa dan mula memindahkan penduduk kampung berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP, 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen