Tidak perlu duit, pendekatan mesra rakyat sudah cukup, kata Najib


Melati A. Jalil

Bekas presiden Barisan Nasional Najib Razak (tengah) beramah mesra dengan penduduk kampung sebagai menyokong kempen calon PRK Sungai Kandis Lokman Noor Adam (kanan), hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnor Hussain, 25 Julai, 2018.

UMNO tidak perlu berbelanja mewah untuk untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, kata bekas presidennya Najib Razak.

Bekas perdana menteri yang menghabiskan masa lebih dua jam di Kampung Sungai Kandis untuk berkempen bagi calon BN, Lokman Noor Adam, berkata Umno hanya perlu menggunakan pendekatan mesra rakyat untuk meyakinkan para pengundi.

“Kami tidak memerlukan banyak wang untuk kempen kami, kami gunakan sejumlah wang yang sedikit.

“Kempen kami hanya low-profile dan mesra rakyat yang menyentuh hati orang bukannya mengadakan perhimpunan besar,” katanya selepas mengadakan tinjauan di pusat daerah mengundi di Sungai Kandis.

Beliau ditanya mengenai kempen PRK Umno selepas banyak akaun partinya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Umno juga mengupah firma perundangan untuk memperoleh semua lebih RM116 juta wang dirampas dalam serbuan polis yang dikaitkan dengan siasatan 1Malaysia Development Bhd. – 25 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen