15 ditahan terlibat skandal vaksin di China


PIHAK berkuasa China menahan 15 orang termasuk pengerusi pengeluar vaksin rabies yang disiasat kerana penipuan kawalan kualiti dalam skandal keselamatan dadah terbaru negara itu.

Berita mengenai pengilang farmaseutikal Changchun Changsheng Biotechnology memalsukan rekod dan diarahkan menghentikan pengeluaran vaksin rabies membangkitkan semula kegelisahan pengguna terhadap keselamatan produk di negara ini, didorong oleh skandal berulang selama bertahun-tahun.

Pihak berkuasa di bandar timur Changchun, di mana syarikat tersebut berpangkalan, menangkap 15 orang termasuk pengerusi syarikat itu atas “kecurigaan terhadap kesalahan jenayah”, umum pihak polis pada lewat Selasa.

Pengumuman itu tidak mendedahkan nama penuh pengerusi tetapi beliau dikenal pasti sebagai Gao Junfang.

Kejadian ini memusnahkan kepercayaan yang sudah rapuh terhadap pengawal selia dan membangkitkan kekecewaan para pengguna China yang semakin canggih, yang menjadikan media sosial sebagai platform untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap kes itu.

Pentadbiran Makanan dan Dadah China (CFDA) berkata minggu lalu vaksin rabies yang bermasalah tidak dibawa keluar dari kilang Changsheng, tetapi syarikat itu mengakui ia menghantar vaksin sub-standard yang berasingan.

Vaksin itu untuk difteria, batuk kokol dan tetanus ditemui oleh pengawal selia gagal menepati standard kualiti, tetapi syarikat itu mendedahkan ia menjual 250,000 dos ke wilayah Shandong tahun lepas.

Masalah itu membangkitkan kebimbangan terhadap ubat-ubatan yang dibuat di dalam negeri dan mendorong ibu bapa yang bimbang dalam talian menukar maklumat untuk mendapatkan vaksin yang diimport.

Pihak berkuasa mengumumkan beberapa siri penyiasatan dan berikrar ada individu yang akan menerima akibatnya.

Dengan tanda kebimbangan yang semakin memuncak, Presiden Xi Jinping - dalam perjalanan ke Afrika - pada Isnin menyifatkan tindakan syarikat vaksin itu “melanggar batas norma dan mengejutkan”, menurut media negara itu. – AFP, 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen