Trump desak Mexico segera bincang Nafta


Presiden Donald Trump menulis surat kepada rakan sejawatannya dari Mexico,Andres Manuel Lopez Obrador untuk mempercepatkan rundingan mengenai Nafta. – Gambar AFP, 25 Julai, 2018.

PRESIDEN Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador pada Selasa mengatakan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa beliau mempercepatkan rundingan untuk merombak Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta).

“Saya percaya kejayaan rundingan semula Nafta akan membawa kepada peluang pekerjaan dan bayaran yang lebih baik… tetapi hanya jika kita dapat melakukannya dengan cepat, kerana jika tidak, saya harus memilih jalan yang berbeza daripada yang ada,” tulis Trump dalam surat yang dipetik dan dibacakan kepada media oleh Menteri Luar Negara Marcelo Ebrard. – AFP, 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen