Petisyen desak Netflix batal rancangan sindir kegemukan


Insatiable akan mula ditayangkan 10 Ogos depan di Netflix mengisahkan seorang gadis gemuk yang dibuli rakan sekelas dan mula membalas dendam selepas berjaya menurunkan berat badan. – Gambar AFP, 25 Julai, 2018.

INSATIABLE, sebuah rancangan baharu di Netflix dituduh mempersenda orang gemuk, dan petisyen itu mendesak pembatalannya sudah meraih lebih 125,000 tandatangan pada Selasa.

Siri itu yang dibintangi Alyssa Milano dan Debby Ryan dan akan disiarkan Netflix bermula 10 Ogos mengisahkan seorang remaja gemuk yang dipersenda rakan sekelas. Selepas berjaya menurunkan berat badannya, watak utamanya mula membalas dendam.

Petisyen itu menyatakan yang siri itu menggalakkan wanita muda meletakkan “nilai pada mereka” dan ia “menggalakkan bukan sahaja budaya diet tetapi objektifikasi badan wanita.”

“Kita masih ada masa untuk hentikan siri ini daripada ditayangkan dan menyebabkan keraguan diri yang teruk dalam minda gadis muda yang akan berfikir untuk gembira dan bernilai, mereka perlu turunkan berat badan,” katanya.

Debby Ryan mempertahankan siri itu menerusi akaun Instagramnya.

“Sebagai seorang yang sangat mengambil berat cara badan kita, terutama wanita, dimalukan dan diperhati dalam masyarakat, saya gembira dengan kerja saya dalam Insatiable kerana ia menggambarkan isu dan menentang isu itu menerusi satira,” tulis Ryan.

Karakternya “menjalani transformasi fizikal, tetapi ia tidak membuatnya gembira. Kami bukan dalam urusan mahu mempersendakan kegemukan. Kami mahu mengalih perhatian kepada sistem yang menyakitkan yang menyamakan kurus dengan bernilai.”

Netflix tidak membalas pertanyaan untuk mendapatkan ulasan.

Gergasi siasaran dalam talian itu sebelum ini menjadi sasaran kritikan kerana siri 13 Reasons Why yang didakwa menggalakkan bunuh diri dalam kalangan remaja. – AFP, 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen