BINTANG pop Demi Lovato dikejarkan ke hospital Los Angeles pada Selesa kerana overdos dadah tetapi berada dalam keadaan stabil, kata laporan.
Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles mengesahkan kepada AFP yang pasukan kecemasan menghantar seorang wanita berusia 25 tahun dari alamat kediaman Lovato ke hospital tetapi tidak mengesahkan identiti atau keadaannya.
Portal hiburan TMZ mendedahkan rakaman audio kecemasan yang menunjukkan pasukan kecemasan berkata Lovato tidak sedarkan diri dan diberikan ubat Narcan, ubat hidung yang digunakan untuk merawat overdos dadah.
Majalah People memetik sumber rapat dengan Lovato berkata penyanyi itu dalam keadaan stabil dan overdos tetapi tidak ada kaitan dengan heroin, seperti dilaporkan TMZ sebelum ini.
Wakil Lovato masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi dan menjawab pertanyaan media.
Bekas bintang kanak-kanak Disney, Lovato mendedahkan pergelutannya dengan ketagihan, tekanan dan masalah pemakanan. Dokumentari dikeluarkan pada 2012, “Demi Lovato: Stay Strong” menunjukkan bagaimana beliau menggunakan heroin beberapa kali sehari tetapi berjaya memulihkan diri sebelum memberi tumpuan kepada kerjayanya yang meningkat naik. – AFP, 25 Julai, 2018.
Komen