Facebook buka anak syarikat di China 


CEO Facebook Mark Zuckerberg masih gagal mengetepikan sekatan akses kepada aplikasi itu di China. – Gambar EPA, 24 Julai, 2018.

FACEBOOK membuka anak syarikatnya di tanah besar China, satu langkah yang dinantikan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg.

Syarikat berkenaan, Lianshu Science & Technology (Hangzhou) ditubuhkan pada 18 Julai lalu dengan modal berdaftar sebanyak AS$30 juta menurut pangkalan data rekod korporat China.

Lianshu membawa maksud “muka” (Face) dan “buku” (Book).

Facebook cawangan Hong Kong memegang semua sahamnya.

Zhang Jinghai dinamakan sebagai wakil penasihat undang-undang baharu syarikat berkenaan manakala David Kling dan Susan Taylor disenaraikan sebagai pengarah.

Kling merupakan naib presiden Facebook, manakala Taylor pula ialah ketua akauntan syarikat gergasi internet itu, menurut profile LinkedIn mereka.

Zhang memegang peranan yang sama di sebalik pelancaran Facebook tahun lalu dengan aplikasi perkongsian foto China dipanggil Colorful Balloons, yang mencipta semula aplikasi Facebook Moment.

Aplikasi berkenaan tidak pernah dibuang, menandakan satu lagi kemunduran di China. Ia cuba untuk melanggar “Great Firewall”—yang mengawal kandungan internet di China—sejak platform media sosialnya diharamkan di Beijing pada 2009.

Ketua eksekutif yang juga pengasas bersama Facebook Mark Zuckerberg membuat beberapa lawatan berprofil tinggi ke China.

Beliau juga cuba untuk menarik perhatian ahli politik Beijing dan dilaporkan meminta Presiden Xi Jinping memberi nama China kepada anaknya. Xi bagaimanapun menolak.

Walaupun melakukan usaha itu, Zuckerberg gagal menghalang Facebook daripada disekat di China. Ia masih kekal tidak boleh diakses di Beijing. – AFP, 24 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen