Empangan runtuh di Laos, ratusan mangsa masih hilang


Sebuah empangan hidro runtuh di tenggara wilayah Attapeu di Laos menyebabkan ratusan mangsa masih hilang, dan jumlah kematian belum diketahui. – Gambar Facebook, 24 Julai, 2018.

RATUSAN orang masih hilang dan jumlah kematian masih belum diketahui selepas sebuah empangan hidro runtuh di tenggara Laos, lapor media tempatan.

Kemalangan itu berlaku di tenggara wilayah Attapeu lewat Isnin lalu, menyebabkan lima bilion meter kubik air terlepas, membabitkan mangsa yang mungkin terkorban, dengan ratusan lagi masing hilang, kata agensi berita Laos.

Empangan itu dibina oleh syarikat Xe Pien-Xe Namnoy Power (PNPC). – AFP, 24 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen